Tuesday, 17 July 2018

KETAM MASAK TELUR MASIN YANG RINGKAS
Antara kegemaran kak qis kalau nak masak ketam selain masak sambal kak qis akan masak telur masin. kalau utk anak-anak kak qis, kene asingkan xleh letak cili padi sbb diorg xmkn pedas.
BAHAN-BAHANNYA:
ketam 1kg
Telur Masin 3biji (kuning)
Telur Masin 1biji (putih)
Cili Padi (agak-agak nak pedas mcm mane)
2 ulas bawang putih dicincang halus
2 tangkai daun kari
1 tin susu cair
3-4 sudu butter

Cara senang masak ketam telur asin:
Kalau kak qis suke kukus ketam dulu sbb kebiasaannya orang akan goreng ketam. Kalo goreng mmg sedap tp nk mkn adoiii payah skit. so kalo kukus isi die xkan terlekat kart kulit
  1. Cairkan butter. Masukkan daun kari goreng daun kari dulu sampai naik bau lepas tu masukkn bawang putih dan cili padi. Goreng hingga naik bau.
  2. Selepas itu, masukkan butter lagi dan kesemua telur masin, kacau rata dan tuang susu cair. Masak hingga berbuih dan masukkan ketam, gaul rata dan kecilkan api.
  3. Masak hingga kering, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Kalau rase xcukup masin bru letak garam sbb kadang-kadang telur masin putih dah cukup masin kang letak garam terlebih masin 😅😂
Kalau masak ni kak qis akan ratah jerk... sedap bebenor....
Selamat mencuba kawan-kawan...



Friday, 13 July 2018


Potret Bersama Keluarga


Assalamualaikum...
macam mana yang korang tengok ini lerr gambar yang paling elok. kalo ada anak kecik nak semua fokus sambil tersenyum riang memang sesuatu perkara yang mustahil bagi kak qis 😂
Gambar paling latest sempena Hari Raya Aidilfitri tu yang korang tengok sedondon jerk kan... hope pada tahun-tahun akan datang kak qis akan upload gambar "hok molek skit"😊

RESEPI CHAR KUEY TEOW 



Hari ini teringin sangat nak makan cha kueh tiaw.klau dapat buat kat rumah lagi puas hati kan dari kite beli dekat kedai.bukannya susah pun.mari kak qis kongsi sedikit resepi daripada mak mertua kak qis ye.

RESEPI CHAR KUEY TEOW ILHAM yang MUDAH LAGI RINGKAS 
Bahan-bahan
Sepaket kuey teow
20 ekor udang sederhana size
1 ½  cawan isi kerang yang telah direbus dulu
2 biji telur
Daun kuchai – dipotong anggaran 2 inch
Cara penyediannya
1-.  Panaskan kuali dengan api yang besar lalu masukkan minyak masak
2-.  Masukkan udang dan goreng selama 20-30 saat kemudian masukkan isi kerang rebus
3-.  Masukkan kuey teow, daun kuchai..gaul sebati
4-.  Pecahkan telur, segera masukkan kicap Char Kuey Teow Ilham yang telah dibancuh bersama air tadi.
5-.  Kacau sebati telur dan kicap sekitar 5-8saat
6-.  Tutup api dan segera dihidangkan.
** Api dapur haruslah besar
** Siap aje segera dihidangkan.. lambat-lambat nanti, kembang tak sedap lak kang habis tak sempat merasa
** tak perlu tambah garam atau gula
Ini  sukatan bancuhan pati  kicap Ilham Untuk sepaket kuey teow :-
1 ½ cawan air + 15 sudu pati kicap Char Kuey Teow Ilham
Mudah kan?
Tak perlu nak blend bawang merah, bawang putih, cili, kicap segala bagai…
Hanya sediakan bahan rencah dan bancuhan kicap Ilham
Siap!
Masak pun sekejap ajer…


cara-cara memasak kari daging yang enak.


jalan-jalan kedai mamak asyik ternampak kari.Tiba-tiba teringat pulak resepi yang mak sedara bagi tu.Kak qis nak berkongsi bersama-sama kawan-kawan ye.caranya sangat2 mudah.





Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ½ kg daging
  • 125 ml minyak
  • 5 labu bawang merah - dicincang halus
  • 12 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2.5 cm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga (ambil bijinya)
  • 4 tangkai daun kari
  • 70 g rempah kari daging - di campur dgn 125 ml air, jadikan pes
  • 1 liter santan cair
  • 500 ml santan pekat
  • 3 biji ubi kentang besar (dikupas dan dihiris kasar)
  • Garam secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk.
  3. Tumis bawang merah, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan.
  4. Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.
  5. Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
  6. Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.
  7. Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk.
  8. Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk.
  9. Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat, gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak, angkat dari api.

MASAK LEMAK AYAM

Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Tips dan Rahsianya




Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 16 dengan kulit sekali
1 biji kelapa parut - asing santan pekat dan cair 
Garam
1 keping asam keping
1/2 helai daun kunyit - hiris halus

Bahan tumbuk halus:
5 - 8 tangkai cili api kampung hijau 
5 - 8 tangkai cili merah Pakistan 
2 saiz ibu jari kunyit hidup
1 ulas bawang merah

Cara cara:

Cara cara:
Ayam diperap dengan garam dalam 30 minit hingga 1 jam. Tabur sedikit serbuk kunyit bagi tidak menjadikan ayam berwarna pucat. 

Sementara itu, bolehlah menumbuk bahan tumbuk dan sediakan bahan bahan lain. Bahan tumbuk dihiris halus supaya senang menjadi lumat.Masukkan ayam dalam periuk dan nyalakan api perlahan. Kacau sehingga kulit ayam nampak kering sedikit. Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata rata bersama ayam hingga sebati. Kacau rata sehingga bahan tumbuk agak masak. Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan asam keping.

Sebaik ayam empuk, masukkan daun kunyit yang dihiris halus. 

Kemudian tambah santan pekat. Selepas masuk santan pekat, masak dalam 6-8 minit sahaja. Tutup api dan terus dikacau. Kemudian buka api perlahan sahaja supaya kuah mendidih kecil supaya tiada buih buih dalam kuah. Sesuaikan rasa. Tambah garam, jika perlu.Bila nampak kuah pekat dan terbit minyak cantik, bolehlah ditutup api dan sedia dihidangkan. Sedap dihidangkan ketika kuahnya tidak terlalu panas supaya terasa kepedasannya. 
 MARI BELAJAR MEMASAK LAKSA


Hari ini kak qis akan mengajar resepi  masak laksa.taklan la hari-hari nak beli jekan klau suami nak makan.sesekali kita belajar la pulak..




Bahan-bahan diperlukan:

  • 3-4 paket laksa beras cap Zong Shan
  • *Bahan kuah laksa*
  • 1 kg ikan kembung
  • 3-4 ulas asam keping
  • 1/2 labu bawang besar
  • 7-10 ulas bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 3-4 cm halia
  • 10-12 sudu makan cili giling
  • 7-10 biji cili padi
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 cm belacan
  • segenggam daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • garam secukup rasa
  • *Bahan ulam laksa*
  • 4-5 biji telur rebus - dibelah dua
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 biji cili hijau - dihiris
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 5-6 biji cili padi - dihiris
  • 1/2 biji nanas - dihiris
  • 1 batang timun - dihiris memanjang
  • 5-6 biji limau kasturi - dibelah dua
  • 4-5 helai daun salad - dihiris
  • sedikit daun pudina
  • *Bahan opsyenal*
  • petis udang

Cara menyediakan dan memasak:

  1. *Laksa* Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam...Kemudian direbus sampai 'al-dente'...Laksa ditoskan dan diketepikan...
  2. *Kuah laksa* Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam...Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi...
  3. Ikan rebus diperisikan lalu dikisar...Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi...Tulang ikan turut dikisar...Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi juga...
  4. Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi dan halia...Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi...Kemudian, panaskan periuk...
  5. Masukkan cili giling dan belacan...Lalu masukkan air asam jawa...
  6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan...
  7. Kacau perlahan-lahan...Masak hingga mendidih...Kecap rasa masin, masam, dan pedasnya...Bubuhkan garam secukup rasa...Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya :P

Nasi goreng kampung warisan nenek




Masakan feveret en suami..senang jek nak buat...mari kita cuba.mana tau lepasni boleh bukak kedai.hehe.....

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 mangkuk kecil nasi sejuk atau nasi semalam
  • 2 ulas bawang merah kecil *
  • 2 ulas bawang putih *
  • Ikan bilis *
  • Cili padi ikut kesesuaian *
  • Sedikit belacan *
  • Sayur kangkung, ambil daun sahaja
  • 1 biji telur
  • Garam
  • Serbuk ikan bilis

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tumbuk semua bahan bertanda *
  2. Kemudian panaskan minyak sedikit. Tumis bahan bertanda *
  3. Masukkan telur, gaul rata sampai garing
  4. Masukkan garam secukup rasa
  5. Masukkan serbuk ikan bilis secukup rasa. Jangan banyak sangat, nanti masin
  6. Masukkan kangkung, gaul hingga rata
  7. Kemudian masukkan nasi dan gaul lagi
  8. Sudah siap! Boleh tabur dengan ikan bilik goreng dan sambal belacan. Sedap hingga menjilat jari!

Udang sambal petai




kalau nampak petai pasti membuka selerakan...timbul plak idea klau kenakan petai dengan udang atau sotong.perghh.....kena plak dengan nasi lemak.pasti tambah 2 kalikan.ni nak ajar kawan-kawan resepi macam mana nak buat resi ni.

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah, buang biji kalau tak suka pedas
1/2 inci halia
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah 1 camca besar minyak jika perlu.
  2. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Tambah petai dan masak hingga petai lembut sedikit. Masuk udang dan bawang besar. Gaul rata. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan ulam-ulaman....

ayam masak kicap 




makanan yang paling kak qis suka ialah ayam masak kicap.pernah jugak belajar dari kawan-kawan tapi tak sama kan macam air tangan mak kite.ni kak qis nk share la sikit resepi dari mak qis sendiri.pasti sedap....

Bahan-bahan diperlukan:

  • 4-6 ketul ayam yang telah digoreng
  • 1 sudu teh kicap cair
  • 6-8 sudu besar kicap manis (kicap biasa yg selalu dimakan bersama hidangan harian)
  • 1 1/2 biji bawang besar (1/2 biji ditumbuk & selebihnya dipotong untuk ditabur pada masakan)
  • 4-5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 1/2 sudu besar lada hitam yang ditumbuk
  • 1 sudu besar sos cili
  • 4-5 sudu besar minyak masak
  • 1/2 inci halia yang ditumbuk
  • 1 1/2 cawan air.
  • 1 biji bunga lawang,2 biji buah pelaga,1 batang kayu manis & 2 biji bunga cengkih.

Cara menyediakan dan memasak:

  1. tumis bawang besar,bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi.
  2. tunggu sehingga naik bau..kemudian masukkan bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga,kayu manis dan lada hitam yang telah ditumbuk tadi.
  3. masukkan sos cili,kicap cair & kicap manis ke dalam masakan.
  4. masukkan ayam.
  5. biarkan beberapa minit sebelum masukkan air.
  6. tutup kuali untuk mengempukkan ayam
  7. setelah ayam empuk,rasa masakan untuk memastikan ia cukup rasa.

Thursday, 12 July 2018



    RENDANG PARU NEGERI SEMBILAN


Bahan Kisar :
Cili padi dibuang biji (ikut kepedasan)
Cili Kering dibuang biji 
5 inci kunyit hidup
6 batang serai

Bahan Lain
2kg Paru yang telah direbus dan dipotong dadu kasar
5 helai daun limau urut
1 kg Santan pekat

Cara memasaknya
Tumis sedikir bahan yang dikisar. Apabila naik bau masukkan paru dan gaul rata. Masukkan santan dan kacau sedikit serta masukkan dengan meramaskan daun limau purut. Biarkan api kecil dan renih sebingga mengering. Masukkan bahan perisa, garam dan gula.

Sesuai dihidangkan bersama nasi panas, nasi lemak, ketupat nasi, ketupat palas dan lemang.

Selamat mencuba kawan-kawan 💖

Tuesday, 3 July 2018

Kenali Saya


BLOG MEMASAK KAK QIS



NAMA 
  NURUL LAILATULBALQIS BINTI JENAL
No Matrik
                      258053

Salam sejahtera...

Blog ni sebenarnya adalah macam buku resepi saya. saya berminat untuk memasak so sebelum memasak tu saya akan "search" kart google ke, tengok di "facebook" ke... kadang-kadang ada jugak kawan-kawan yang share resepi diorg...

saya adalah ibu kepada 2 orang anak si kakak berumur 4 tahun dan yang adik berumur setahun lebih...


Saya adalah seorang ibu, seorang isteri dan seorang penjawat awam dalam masa yang sama saya juga menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan juga seorang pelajar jarak jauh. Kalau pikirkan semula susah nak bahagikan masa sebab masa sangat-sangat terhad. Waktu mencabar adalah apabila anak-anak demam dan dalam masa yang sama ada kelas pulak n yang paling sadis pekerja telefon ada masalah. Kalo tak kuat boleh nangis tau dengan pikirkan stress bekerja campur dengan stress "kerja sekolah" tak siap lagi, ayooo ia adalah pengalaman yang sangat mencabar. 😫😭

Dari cerita ringkas saya tadi dapat bayangkan tak bertapa sibuknya saya 😂 kalau dulu simpan resepi di facebook jerk tapi sejak chegu kamal dah ajar pasal blog ni ape-ape intai kart blog aje la. Harap akan datang blog ni tak berabuk la ek... kihkihkih 😃 Harap apa yang dikongsikan di blog ni rajin-rajin la hakak-hakak dan abang-abang disana tu memasak la yerk. 

Yang mane dah baca ape saya meraban ni harap tinggalkan la sedikit komen.
Apa pun selamat mencuba yerk kawan-kawan.


Labels

Popular Posts

Search This Blog